Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home / Terkini / Blog Intern: Forum Tadbir Urus Internet Belia

Blog Intern: Forum Tadbir Urus Internet Belia

Pengalaman Intern Belia di Forum Tadbir Urus Internet (yIGF)

Details

Youth Internet Governance Forum (YIGF) merupakan salah satu inisiatif dari pihak Asia- Pacific region Internet Governance Forum (APrIGF) untuk melibatkan belia dalam perbincangan tadbir urus internet. Program YIGF ini diuruskan oleh pihak Net Mission.Asia untuk melibatkan anak muda secara dekat dalam perbincangan tadbir urus internet.

Photo credit: Jianne, yIGF organiser team.

Photo credit: Jianne, yIGF organiser team.

Program ini bertempat di Taipei, Taiwan berlangsung dari 27-29 Julai 2016 bertempat di National Taiwan University Hospital International Convention Center. Dengan melibatkan semua pihak berkepentingan (multi stakeholder) program ini membawa anak muda dari pelbagai latar belakang duduk bersama dalam suasana yang sama rata untuk berbincang tentang tadbir urus internet.

Partisipasi belia dari pelbagai negara di Asia menjadikan perbincangan belia tentang tadbir urus internet ini segar, penuh rencam dan berwarna warni. Pelbagai buah fikiran yang terhasil apabila golongan belia duduk berbincang berkenaan regulasi serta permasalahan lain yang berkaitan dengan alam maya.

Belia merupakan pengguna internet yang ramai dan penganjuran YIGF ini telah mengikitiraf belia sebagai salah satu pihak berkepentingan (stakeholder) dalam perbincangan tadbir urus internet. Isu seperti cyber bullying, perundangan serta hak asasi manusia di alam maya merupakan isu yang kerap dibincang oleh belia.

Penganjuran YIGF ini membuka dimensi baru perbincangan tadbir urus internet apabila belia dilibatkan dalam pembentukan polisi-polisi internet. Sebelum ini, perbincangan polisi ini sering menjadi milik golongan professional, kerajaan dan korporat. Namun dengan modul multi stakeholder, perbincangan mengenai tadbir urus internet menjadi lebih inklusif dengan wujudnya YIGF.

Role Play Discussion

Modul ini merupakan modul yang sangat menarik dalam melibatkan belia dalam perbincangan tadbir urus internet. Belia dari pelbagai latar belakang ini memainkan peranan pihak berkepentingan yang pelbagai seperti masyarakat sivil, kerajaan, sektor swasta dan sebagainya membincangkan tentang tadbir urus internet. Program simulasi ini menjadikan belia berfikir dari pelbagai perspektif dan seterusnya menyuburkan perbincangan mengenai tadbir urus internet.

Modul yang inklusif ini membuka dimensi baru dan menyumbang dalam pembentukan pemikiran belia untuk berfikir secara kritikal dan kritis. Lebih menarik lagi, perbincangan tadbir urus internet menurut perspektif belia ini tidak berakhir dalam perbincangan mereka sahaja.Hasil perbincangan belia ini akan diambil dan dijadikan intipati atau hasil perbincangan urus tadbir internet pada tahun ini.

 

Photo credit: https://2016.aprigf.asia/photo-gallery/

Walaupun APrIGF dan YIGF merupakan dua program yang berbeza tetapi belia juga dilibatkan dalam sesi perbincangan sebenar tadbir urus internet yang melibatkan pelbagai badan berkepentingan. Belia yang menyertai YIGF akan melihat sendiri wakil dari pembekal kandungan internet (internet service provider) seperti Facebook, Google, Dot Asia Organization, organisasi masyarakat civil (CSO), badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil kerajaan yang terlibat dalam pembentukan polisi berbincang mengenai tadbir urus intenet.

Perkara ini merupakan sesuatu yang baru dan pasti akan memberi perspektif lain dalam kerangka pemikiran belia apabila berbicara tentang internet. Belia juga boleh menyumbang idea dan bertanya di dalam perbincangan sebenar APrIGF. Perbincangan yang inklusif dan terbuka ini benar-benar menggalakkan.

Program ini merupakan program yang bermanfaat dan wajar disertai oleh belia. Perbincangan urus tadbir internet ini sangat penting. Sifatnya yang inklusif dan terbuka sesuai dengan internet itu sendiri yang inklusif, terbuka dan bebas untuk semua orang yang menggunakannya. Internet merupakan keperluan manusia pada hari ini dan perbincangan mengenai urus tadbir internet juga harus disertai oleh semua orang dari pelbagai latar belakang.

Source:

Story Type: Update

Document Actions