Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home / Projek / Pemerhati Rang Undang-Undang

Pemerhati Rang Undang-Undang

Aplikasi web yang membolehkan rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia untuk mengikuti status rang undang-undang yang akan datang di parlimen dan dewan undangan negeri.
 

Apakah itu Pemerhati Rang Undang-Undang?

Ia adalah sebuah aplikasi web yang membolehkan rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia untuk mengikuti, mencari dan mengesan status rang undang-undang yang akan datang di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri. Selain itu, aplikasi web ini membantu para pengunjung untuk memahami rekod perundangan oleh wakil-wakil rakyat. Pemerhati rang undang-undang berkonsi segala maklumat mengenai rang undang-undang secara terbuka supaya memudahkan bagi orang lain untuk membina aplikasi-aplikasi lain atau alat-alat lain untuk membantu rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia melibatkan diri dengan kerajaan Malaysia.
 

Kod Sumber

Salah satu alat yang kita gunakan bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar adalah menggunakan kod sumber. Kod sumber ini boleh didapati di GitHub. Matlamat aplikasi ini adalah untuk memaklumkan secara umum mengenai rang undang-undang yang dibahaskan dan diluluskan di Parlimen. Disebalik menyediakan senarai rang undang-undang sahaja, kami juga menyediakan senarai rang undang-undang yang telah disemak di Parlimen. Dengan itu, kami percaya projek ini akan membuat kerja-kerja di masa hadapan lebih mudah.
 
Ciri-ciri yang digunakan di dalam aplikasi web Permerhati Rang Undang-Undang adalah seperti berikut:
  • Memaparkan rang undang-undang dalam bentuk PDF
  • Perkongsian di dalam Facebook dan Twitter
  • Senarai rang undang-undang terkini yang telah dibahaskan dan disemakkan di Parlimen
  • Pautan RSS
  • Sokongan secara separa di Twitter