Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home / Projek / Pemerhati Dana Banjir

Pemerhati Dana Banjir

Projek ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada rakyat mengenai perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk pemulihan kawasan-kawasan banjir yang telah diperuntukkan berdasarkan kebanyakkan laporan berita. Dana yang diperuntukkan akan dipecahkan secara terperinci berdasarkan lokasi dana yang disalurkan dan yang telah dibelanjakan. Setelah peruntukan dana diterbitkan secara umum, rakyat akan memantau Kerajaan Persekutuan berdasarkan butiran tersebut dan kemudian, rakyat akan mengulas secara lanjut jika tindakan-tindakan telah diambil.


Gambaran Keseluruhan

Kebanyakkan rencana-rencana berita telah melaporkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM 893 juta di bawah Bajet 2015 untuk projek-projek pengurangan banjir sebagai penambahan bagi bantuan yang disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir dan komuniti perniagaan. Walau bagaimanapun, berdasarkan Bajet 2015 yang telah diterbitkan secara umum dari laman web Kementerian Kewangan, didapati tiada maklumat (apatah lagi tiada perkataan 'banjir') tentang wang peruntukkan untuk projek-projek pengurang banjir. Selain itu, Rang Undang-Undang Tambahan 2015 dan balasan jawapan dari Parlimen akan menunjukkan secara terperinci pecahan perbelanjaan daripada Kerajaan Persekutuan kepada institusi-institusi yang disalurkan, tetapi pecahan ini tidak boleh diakses secara mudah oleh orang awam. Projek ini akan menjadi batu loncatan dalam menggerakkan Malaysia ke hadapan selari dengan Inisiatif Kerajaan Terbuka. Sebagai permulaan, projek ini akan memberi gambaran secara khususnya tentang bagaimana Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana dan saluran untuk peruntukan tersebut secara terperinci ke institusi-institusi yang terpilih contohnya Kerajaan Negeri. 
 
Berikut adalah objektf-objektif projek Pemerhati Dana Banjir:
 
  • Untuk menyiasat dan merekod dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam angka yang sebenar.
  • Untuk menyediakan maklumat secara terperinci tentang bagaimana peruntukkan tersebut disalurkan ke tempat-tempat yang terjejas dengan banjir.
  • Untuk menyebarkan kesedaran kepada rakyat tentang akauntabiliti Kerajaan Persekutuan berdasarkan dana banjir yang disalurkan ke tempat-tempat yang terjejas dengan banjir.

 
Credit photo by Tan Sze Ming. This photo was taken when she was on a relief work in Manik Urai, Kelantan.

Sumber-sumber yang terkumpul akan diselaraskan dengan dana yang diperuntukkan. Sumber tersebut akan disiarkan dalam aplikasi web Open Spending yang berfungsi secara rasmi sebagai komuniti perkongsian data di seluruh dunia. Sumber-sumber yang terkumpul akan digunakan sebagai data yang tetap serta akan diperolehi dalam pelbagai visualisasi yang berkesan demi membentangkan data agregat secara terperinci dan jelas. Selain itu, dokumentasi yang akan dijalankan di lapangan untuk merekod keadaan tempat-tempat yang terjejas oleh banjir. Dokumentasi yang direkod akan dikumpulkan ke dalam sebuah filem pendek bertujuan untuk memberi gambaran keseluruhan mengenai projek ini.

Ketua Projek

 

Pembiayaan & Sokongan

Geran dari

SEATTI Logo

ISIF Asia Logo

MySociety Logo

Sokong projek ini

Membuat sumbangan kewangan untuk projek ini adalah mudah. Anda boleh membuat pindahan wang atau deposit ke akaun berikut:

BANK Malayan Banking Berhad 
(Maybank)
SWIFT-BIC MBBEMYKL
BENEFICIARY Sinar Project PLT
ACCOUNT 512307614259